BERMULA KERJAYA PETANI

 Dunia pertanian sering kali dipandang satu kerjaya atau pekerjaan yang mudah oleh segelintir masyarakat. Sebenarnya telahan itu adalah tidak benar kerana bidang pertanian memerlukan modal permulaan yang agak tinggi dan sekiranya anda memilih untuk menggunakan teknologi moden ianya akan menjadikan modal permulaan berlipat kali ganda. oleh itu penulis ingin memberi satu pandangan serta cadangan yang mana ianya berdasarkan pengalaman penulis yang berkecimpung dalam bidang pertanian sepenuh masa. 

Sebagai permulaan anda haruslah membuat satu kertas kerja mengenai projek tanaman yang anda ingin usahakan. beberapa element penting harus anda catatkan seperti 

1) modal tunai sedia ada.

2) kos jentera seperti menebas, meroto/plow,membuat batas. membuat laluan air, 

3)kos sistem air siraman

4) kos sistem penanaman pilihan anda samada secara tanam terus atau polibeg(firtagasi)

5)kos baja, racun,

6) kos lain lain seperti penutup batas, cangkul, serta alatan lain.


membuat pilihan tepat adalah asas kejayaan dalam bidang pertanian. anda haruslah mempunyai ilmu asas sebelum anda membuat keputusan untuk menanam apa apa tanaman. kegagalan itu biasa terjadi namun jika anda dapat bertahan dan menjadikan ianya 1 ispirasi penulis amat yakin anda akan menemui titik kejayaan. 

teruskan mengikuti blog petani59.blogspot.com untuk bacaan selanjutnya. 

Ulasan

  1. Saya ingin berbagi di sini tentang bagaimana Tuan Pedro memberi saya pinjaman sebesar £820.000,00 untuk memperluas bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%. Saya sangat bersyukur dan saya pikir saya harus membagikannya di sini. Berikut alamat emailnya: pedroloanss@gmail.com / WhatsApp +393510140339 jika ada di sini yang mencari suku bunga pinjaman yang terjangkau.

    BalasPadam

Catat Ulasan